Maklumat Lain

Merawat Jangkitan Fungus pada kucing….

Kali ini saya akan berkongsi sedikit pengalaman bersama anda dalam merawat jangkitan fungus pada kucing.

Pertama sekali kita mesti tahu apa itu fungus..

Apa itu Fungus?
Secara ringkasnya Fungus adalah sejenis kuman yang sangat halus pada pandangan mata kasar manusia dan hidup menumpang bersama haiwan peliharaan anda. Fungus boleh mengakibatkan jangkitan kulit ke atas kucing secara berperingkat dan jika tidak ditegah dengan teliti, fungus akan merebak ke keseluruhan anggota badan kucing anda.

Apabila ini berlaku, jangan biarkan kucing anda tanpa sebarang rawatan susulan seberapa segera. Mengikut pengalaman saya, terdapat beberapa cara mudah untuk anda merawat jangkitan fungus ni..

Salah satu cara tersebut ialah dengan menggunakan ubat gel anti fungus yang betul. Saya menggunakan gel anti fungus berjenama ‘Natural Pet’ yang boleh didapati dari kedai2 pet shop berhampiran (kemungkinan tidak di semua kedai pet).

naturalpet-antifungalgel

 

Ini adalah salah satu gel anti fungus yang sangat2 berkesan, dengan harga dari RM30 – RM40, anda sudah boleh tersenyum apabila melihat hasilnya yang berfungsi merawat jangkitan dengan baik selama 24 jam selepas setiap sapuan. Manakala hasil keseluruhan boleh dilihat dalam jangka masa 1 ke 2 minggu. (bergantung pada jenis baka kucing)

Cara menggunakan :
– Sapu gel ‘Natural Pet’ anti fungus dengan rata pada anggota badan kucing yang terdedah dengan fungus.
– Boleh dilakukan dua kali sehari (pagi dan petang/malam)
– Gunakan glove/sarung tangan ketika menyapu gel ke atas kucing yang berfungus

Manakala alternatif yang lain pula, saya mencadangkan supaya kucing anda diberi suntikan anti-fungus yang betul. Suntikan ini anda boleh dapati daripada klinik kesihatan haiwan (biasanya dari klinik kerajaan) serta vertinary2 yang berdaftar.

suntikan-antifungus

Dengan sekali suntik yang berharga dari hanya RM10, suntikan anti-fungus ni boleh bertahan sehingga 30 hari dalam badan kucing anda untuk melawan sel2 fungus2 tersebut. Pastikan jarum suntikan di rendam air panas selepas digunakan dan jarum tidak terdedah (patut ditutup rapi) sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

Kesimpulan :
Berikut adalah antara langkah2 alternative bagi anda yang mempunyai masalah untuk merawat fungus berdasarkan pengalaman saya.

Walau bagaimanapun cara anda merawat fungus pada kucing, Jsaya tetap berpendapat adalah lebih baik sekiranya kucing anda setiasa bersih dan dijaga rapi dari sebarang kuman dan kotoran.. kerana ‘mencegah itu lebih baik dari merawat’ betul tak???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: