Isu:

  Kes Kematian Kugan: Siapa ‘Dalang’ disebalik pembunuhannya?

Pada 20 Januari 2009, negara telah dikejutkan dengan berita kematian Kugan Ananthan semasa dkugan-nosebleed1alam tahanan polis. Kugan ditahan di Kajang pada 15 Januari 2009 berhubung kes kecurian kereta.

 Namun sehingga hari ini, kes siasatan berhubung kematian Kugan masih lagi dijalankan dan orang ramai semakin hari semakin mula lupa akan kes ini. Sejauhmana kebenarannya… Adakah benar Kugan dibunuh? Siapa yang membunuh? Adakah  ia merupakan salah satu agenda politik? Mungkin juga ia suatu amaran kepada penjenayah?

 Pelbagai persoalan yang timbul dibenak kita. Sama-sama kita merungkai sedikit-sebanyak kes ini. Secara rasionalnya, adakah pihak polis dengan sengaja membunuh, kalau benar…. Kenapa tunggu sehingga ditahan di dalam lokap baru dibunuh. Kenapa tidak sewaktu ditangkap supaya tidak timbul persoalan?

 

Lima hari selepas ditangkap, iaitu pda 20 Januari 2009 dia meninggal dunia ketika disoal siasat di Balai Polis Taipan, Subang Jaya. Kematiannya telah mencetuskan bantahan awam menyebabkan keluarganya menangguhkan pengkebumiannya untuk melakukan bedah siasat kedua.

 

Keluarganya yang tidak berpuas hati dengan kematian Kugan mendakwa dia didera polis kerana ada banyak kesan kecederaan pada tubuhnya walaupun laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya adalah akibat paru-paru berair.

 

Pada 23 Januari 2009, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail juga telah mengklasifikasikan kes kematian Kugan Ananthan dalam tahanan polis, sebagai kes bunuh.Berikutan daripada kenyataan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengeluarkan kenyataan di Kuching, Sarawak bahawa satu siasatan penuh akan dijalankan terhadap kematian Kugan. Menurutnya, siasatan terperinci akan dijalankan walaupun laporan bedah siasat mendapati Kugan mati kerana terdapat cecair dalam paru-parunya. Tan Sri Musa berkata pihak polis tidak akan melindungi sesiapa yang terlibat dalam kes kematian Kugan.

 

Rentetan dari peristiwa itu, Sehingga hari ini, kes siasatan berhubung kematian Kugan masih lagi dijalankan. Namun, peristiwa ini seakan-akan semakin mula dilupakan. Sebagai pemerhati, saya ingin berkongsi pandangan yang mengajak anda berfikir bersama secara rasional. Kita mulakan dari sudut pandangan masyarakat serta keluarganya.

 

Kugan Ananthan dianggap sebagai seorang anak yang patuh kepada ibu bapanya kerana mampu menyara kehidupan anggota keluarganya yang rata-ratanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Walaupun ianya hasil daripada rompakan dan keganasan.

 

Berita kematiannya agak sukar diterima. Dalam mana-mana perundanganpun, seseorang pengganas atau penjenayah yang paling dikehendaki masih mempunyai hak untuk membela diri. Mereka ditangkap kerana disyaki tetapi mahkamah yang berhak menentukan samada mereka bersalah atau tidak dan menentukan hukuman yang patut dikenakan.

 

Secara rasional, kita sebagai orang biasapun akan berfikir bahawa dia tentu dibunuh apatah lagi dengan kesan lebam dan luka pada anggota badannya, lebih-lebih lagi semasa dalam tahanan polis. Ini jelas sekali menunjukkan, tidak ada orang lain yang yang melakukannya selain daripada pihak polis sendiri. Tetapi, berfikir dari sudut yang lain pula, adakah pihak polis begitu ‘bodoh’dengan sengaja membunuh Kugan apatah lagi semasa di dalam tahanan. Bukankah ini jelas menunjukkan bahawa ada pihak yang ‘menangguk di air keruh’.

 

Kes curi, rompakan dan keganasan yang dilakukan Kugan seolah-olah ditutup dengan kes kematiannya. Adakah ia sengaja di bunuh demi untuk menutup mulut Kugan agar tidak membocorkan siapakah ‘dalang’ atau ‘Taiko’ kepada sindiket curi yang dianggotainya.     Secara jelas, ‘Dalang’ ini tentukan orang yang berpengaruh kerana berjaya mengabui mata orang ramai. Kebencian kita kepada perompak dan pengganas ini bertukar kepada simpati.

 

Tanpa berfikir kita akan menuding jari kepada pihak polis dan kerajaan. Kita ‘terlupa’ bahawa dalang di sebalik kes Kugan ini masih mampu tersenyum kerana berjaya mengabui mata masyarakat. ‘Dalang’ ini juga cuba memainkan isu perkauman. Berikutan berita kematiannya, satu perhimpunan besar-besaran telah dibuat dalam kalangan masyarakat India. Siapa yang menganjurkan perhimpunan itu. Bahkan khabarnya, kerajaan negeri Selangor turut menyumbang sejumlah 10 ribu ringgit kepada keluarga Kugan.

 

Satu catatan sejarah bahawa kerajaan pembangkang memberikan sumbangan kepada penjenayah. Perkara ini tidak pula dipersoalkan kerana fahaman negatif terhadap pihak kerajaan yang memerintah terutama pihak polis telah ditanam di dalam minda kita awal-awal lagi. Mungkin juga anda masih ingat mengenai tahanan wanita yang diarahkan berbogel sewaktu pemeriksaan polis di bilik tahanan polis. Bagaimana gambar ini dapat disiarkan?

 

Jika benar ada ‘duri dalam daging’ atau ‘dalang’ dalam perkara ini. Pihak polis perlu menjalankan siasatan dalaman agar kerapuhan menembusi bilik tahanan dan balai polis dapat ditamatkan. Apakah kesudahan kes ini nanti? Berapa lama lagi bakal kita ketahui kebenarannya. Persoalannya…. Siapakah sebenarnya dalang disebalik kes Kugan ini?. Anda boleh berfikir, jika benar ada dalang di sebalik kes ini maka tidak mustahil kes seumpama ini akan berulang lagi.

___________________________________________________________

Bangsa Malaysia?

 Apakah yang dimaksudkan ‘Bangsa Malaysia’?

Pelbagai pihak pernah membincangkan mengenai pengwujudan ‘Bangsa Malaysia’. Namun adakah kita benar-benar mencapai kea rah matlamat sebebenar  Bangsa Malaysia.

bangsa malaysia

Bangsa Malaysia perlukan identiti nasional seperti bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Rukun Negara, serta lagu dan bendera kebangsaan. Hari perayaan anjuran kerajaan juga bukanlah diadakan setakat jamuan saja, tetapi perlu diberikan pengertian lebih luas. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pula amat penting dalam meningkatkan nasionalisme.

Bagaimanapun konsep Bangsa Malaysia masih belum jelas. Orang politik dan ahli akademik pula mempunyai pandangan berbeza dalam beberapa perkara pokok. Bangsa Malaysia yang pernah disarankan Prof Madya Shaharuddin pula menyentuh ciri Bangsa Malaysia seperti rakyat berjiwa merdeka, tinggi patriotismenya dan berusaha untuk keluar dari minda hamba.

Rakyat perlu ada keyakinan budaya. Ia perlu dipupuk menerusi strategi pengakaran nilai agama, budaya dan tradisi sendiri demi memelihara keutuhan jati diri dan keunggulan martabat bangsa. Baginya, antara dimensi pembangunan yang terabai ialah pemerkasaan budaya dan pemimpin lazimnya gagal berfungsi sebagai pembina budaya.

Bangsa Malaysia tidak akan menjadi lebih mantap hanya kerana semua orang tidak lagi menjadi Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya. Sebaliknya, tanpa kaum itu, Bangsa Malaysia tidak wujud lagi.

Kita terus memperkatakan mengenai Bangsa Malaysia tetapi rata-ratanya, kita terus mengukuhkan bangsa sendiri dengan cuba menjatuhkan bangsa lain yang terdapat di Malaysia.  

 kaum di malaysiaKonsep bangsa Malaysia bukanlah semua bangsa yang ada perlu mewujudkan satu lagi bangsa yang baru tetapi menerapakan bawaha apapun bangsa yang terdapat di Malaysia sebagai sebuah bangsa yang satu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: