Selamat Datang Ke Laman Web Pengemar Kucing….

May 28, 2009

CA4NC72NSelamat datang ke laman web Shafera’s Blog. Tujuan laman web ini dicipta adalah untuk berkongsi minat yang sama iaitu ‘Kucing‘.

Kepada anda yang ingin berkongsi koleksi gambar kucing kesayangan anda dan berkongsi cerita mengenai kucing, boleh bersama saya dengan memberikan pandangan dan komen anda. Semoga laman web ini dapat menghiburkan dan seterusnya menghilangkan kegusaran, kegelisahan, kemurungan saudara/saudari sekalian apabila melayari laman sesawang ini.


Apa Itu Kucing?

May 28, 2009

KucingKucing adalah haiwan yang sungguh menakjubkan dan juga merupakan haiwan pemangsa yang terdiri daripada pelbagai saiz. Kucing mempunyai ciri-ciri seperti mata besar yang berada dihadapan muka, pendengaran yang tajam, gigi  yang tajam dan kaki yang kuat serta mempunyai kuku yang tajam bagi mendapatkan mangsanya. Kebanyakkan kucing mempunyai ekor yang panjang serta bulu yang bertompok atau berjalur.

Kucing berada di dalam kumpulan atau famili mamalia yang dikenali sebagai Felidae yang hanya terdiri daripada kucing sahaja. Di bawah famili Felidae ini terdapat empat genus. Terdapat keseluruhan sebanyak 37 spesis kucing, yang kebanyakkannya berada di dalam keadaan terancam ataupun menghadapi kepupusan dalam masa 25 tahun. Kebanyakkan spesis kucing adalah diselubungi oleh misteri dan rahsia sehingga menyebabkan hanya sedikit sahaja maklumat yang dapat diketahui mengenainya.


Kenali Kucing

May 28, 2009

Pertimbangan praktikal

Kucing memerlukan perhatian pada setiap masa iaitu sentiasa :  

  • disikat
  • mempunyai diet yang seimbang
  • sentiasa bersihpercat

          gambar :  bulu kucing persian  yang  panjang perlu disikat 

Secara rutinnya yang penting, termasuklah :

  • pastikan ia bebas daripada lalat dan ulat.
  • sering buat pemeriksaan kesihatan oleh doktor haiwan

Apabila anda tidak berada dirumah untuk beberapa hari, anda haruslah mencari seseorang untuk menjaga kucing anda. Sesetengan kucing adalah tidak berhati-hati ketida bermain dan mungkin akan memecahkan barang-barang berharga anda.            catcium           

 gambar : kucing perlu ditemani selalu        

Kucing dan kanak-kanak 

Kebanyakkan setiap rumah memiliki kucing kerana kanak-kanak amat menyukai kucing. Ini adalah baik untuk kanak-kanak itu sendiri dari segi perkembangan sosial kerana ia membantu kanak-kanak tersebut mempunyai rasa tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan. Namun anda tidak seharusnya memberikan seratus-peratus tanggungjawab tersebut kepada kanak-kanak kerana pada tahap ini kadar tanggungjawab kakan-kanak tersebut knkcatadalah kurang.

                                  gambar : kanak-kanak menyukai kucing

  • Kanak-kanak harus diajar bahawa kucing adalah binatang peliharaan yang harus dihormati samada anak kucing atau kucing dewasa. (contoh : kucing tidak boleh diganggu semasa tidur). 
  • Juga harus mengajar kanak-kanak untuk tidak berkasar dengan kucing. 

Kucing yang sunyi 

  • Kebanyakan orang memiliki kucing sebagai binatang peliharaan kerana kucing tersebut lebih mudah ditinggalkan sendirian dirumah berbanding dengan anjing. Ini sememangnya benar. 
  • Kucing adalah lebih berdikari secara semulajadi. 
  • Kebanyakkan kucing hidup secara sendirian dan sunyi sepanjang hari kerana mereka perlukan hubungan sosial dengan kucing-kucing lain.
  • Oleh itu anda harus mempertimbangkan untuk memiliki dua atau lebih ekor kucing supaya mereka tidak lonelycatberasa sunyi apabila  anda tiada di rumah.     

gambar : kucing perlukan teman            


Info Kucing

May 28, 2009

kucing bulu 3Sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna, 99.97% pasti bahawa kucing tersebut adalah betina!

Dan walaupun sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul!

Justeru, jika anda mempunyai kucing jantan 3 warna yang jantannya tulen dan sejati, itulah kucing paling bernilai di dunia ini!

 ………..

 Dalam sebuah hadis yang lain pula, diriwayatkan oleh Ibnu Umar, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:

 “Seorang wanita masuk Neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.”