Penjagaan Kucing..

Hiasan umum 

  • Semua kucing kecuali kucing Spyhnx dan kucing Rex dikurniakan dengan bulu samada bulu yang panjang ataupun pendek. 
  • Bulu kucing haruslah disikat atau diberus seminggu sekali untuk mengekalkan bulu kucing yang cantik. Kucing Persian yang mana mempunyai bulu yang panjang, jika tidak disikat, bulunya tidak akan nampak cantik kerana kelihatan kusut dan agak kotor. Oleh itu penjagaan yang rapi adalah perlu bagi bulu kucing terutamanya kucing Persian. 
  • Sikat atau berus yang digunakan haruslah sesuai dengan tekstur dan panjang bulu kucing tersebut. percat

                      gambar :bulu kucing perlu bersih selalu 

  • Bulu kucing bukan sahaja disikat atau diberus malah untuk memiliki kucing yang cantik dan ceria kucing haruslah dimandikan dengan shampu kucing yang sesuai sejak kucing itu kecil (umur yang sesuai – peringkat remaja) supaya ia sentiasa cantik. 
  • Apabila memandikan kucing, pastikan air tidak memasuki mata dan telinga dan dengan air yang suam-suam kuku. 
  • Kucing boleh dikeringkan dengan menggunakan pengering rambut atau menggunakan tuala yang kering. 

                                                                             

 Penjagaan kuku 

  • Kucing sering mengasah kuku yang mana tabiat ini tidak boleh dikawal  oleh manusia. 
  • Kadang-kala kucing mengasah kuku di sofa atau pun karpet  namun anda tidak boleh mengelakkan daripada keadaan ini berlaku kecualilah anda menyediakan tempat yang khas seperti sisal atau tikar serabut kelapa. 
  • Kucing haruslah memiliki kuku yang cantik dan bersih. Anda boleh memotong kuku kucing anda sekiranya kuku kucing anda terlalu panjang atau tajam

                                                                           gambar : tabiat kucing mengasah kuku catkuku                                                                                                                       
 
 

  

Penjagaan telinga 

  • Kebanyakan kucing tidak mengalami sebarang masalah dengan telinga walaupun anda tidak membersihkan telinga mereka. 
  • Namun begitu kucing adalah terdedah dengan hama telinga yang mana telinga kucing haruslah dibersihkan atau dirawat untuk mengelakkan  penyakit hama telinga. 
  • Sekiranya anda membersihkan telinga kucing anda, anda perlu menggunakan pembersih yang khas untuk kucing. 
  • Semasa anda membersihkan telinga kucing anda, anda haruslah membersihkannya menggunakan tisu atau kapas dengan berhati-hati untuk mengelakan kotoran tersebut semakin masuk ke dalam telinga. 

         gambar :telinga kucing perlu bersih

images[91]                                                                                       
 

 

 

Penjagaan mata 

  • Mata adalah sangat penting. Oleh itu ia haruslah dijaga dengan rapi. 
  • Kotoran yang terdapat pada tepi mata adalah lebih mudah untuk cateyedibersihkan dengan menggunakan tisu yang lembut. 

 
Penjagaan gigi 

  • Gigi susu kucing tanggal apabila kucing berumur antara 3 hingga 6 bulan. 
  • Anda haruslah memeriksa gigi  kucing anda selalu untuk memastikan samada tartar ada atau tiada. Ini untuk mengelakkan kereputan dan  kehilangan gigi. 
  • Untuk mengurangkan risiko tartar, berikan makanan yang kering untuk kucing anda dan jangan membenarkan kucing anda mengunyah tulang kerana tulang bolehpecah. catgigi

                   gambar : elakkan gigi dijangkiti tartar 

  • Rekabentuk gigi dan mulut kucing adalah berbeza dengan anjing iaitu rekabentuk  bagi kucing bukan untuk makan tulang. 

cat_lin0

tikus

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: